Friday, 1 July 2011

Perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014

Perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014

Hasil usaha keras Ketua Jurulatih Senior Kebangsaan iaitu Datuk K. Rajagopal berjaya membuahkan hasil apabila anak buahnya berjaya menjaringkan 2 gol untuk Squad Malaysia. 20 puluh minit pertama ternyata pasukan lawan menguasai permain sedangkan squad kebangsaan masih lagi mencari keserasian antara satu sama lain. Apabila aksi Helmi yang berjersi 18 tidak berapa menjadi, Datuk K. Rajagopal tidak mahu lagi memperjudikan nasib squad Malaya lantas Datuk membuat keputusan yang bijak memasukkan pemain yang berjersi 14 iaitu Abdul Hadi Yahya. Selang 8 minit kemasukkan Abdul Hadi, Malaysia telah menjaringkan gol yang pertama pada separuh masa yang pertama dan pada perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014 yang pertama menerusi sepakan kencang kapten kebangsaan iaitu Safiq Rahim yang dihantar oleh S. Kunalan. Wallahu'Alam. Ada salah sila betulkan, ada terkasar bahasa sila tegur. Assalamualaikum followers